21 Nov 2025, jumaat
Kelas Melukis Digital app Procreate
Q&K Art Studio
Q&K Ruqaiyah N Maski Resources
(IP0590910-M)
Kelas Online dari Cyberjaya
Sesi Pagi
PDASS 1 jam
9am - 10.00am - Aisyah (8)
10.00am - 11.00am - Zahraa (12)
dari Kota Bharu, Kelantan
Sesi Malam
8.30pm - 9.30pm
PDASS 1 jam
Qaireen (12)
dari Rompin, Pahang
PS: Untuk lihat attachment berbentuk video semasa kelas dan/atau hasil animasi peserta,
boleh ke Telegram Channel atau FB kami dan cari tarikh post yang dimahukan. Terima kasih.
Bismillah Ar Rahman Ar Rahim
Assalamualaikum wbt
Salam jumaat everyone! Sihatkah kalian? buat yang diuji kesihatan moga Allah sembuh segera dan dapat bergerak seperti sedia kala aamin aamin. Moga hikmah dari ujian yang dipikul kita difahamkan agar kita bahagia dan redha dengan apa yang ditetapkanNya aamin. Jadi berikut feedback cikgu buat peserta online hari ini.
——
Hari ini adik Aisyah telah melukis satu lukisan latar belakang untuk karakter pada posternya.
Walaupun lukisan & idea berbeza dari cikgu, namun cikgu berpuas hati dengan hasil artwork adik Aisyah. Di kelas akan datang kami akan bersama-sama pula siapkan warna pada watak.
Adik Zahraa pula baru selesaikan karakter pertamanya & kini sedang hasilkan watak ke-2. Berbeza dgn sebelum ini, adik Zahraa melukis pula watak lelaki & latihan ini amat baik agar kita dpt biasakan diri melukis watak wanita & lelaki.
Terbaik buat adik Zahraa & Aisyah hari iniππ»ππ€©π€²
——
Alhamdulillah setelah karakter utama komik di siapkan pada kelas yang lalu, kini adik Qaireen bersama-sama cikgu melukis muka surat pertama komik bersiri pendek ini.
Pada muka surat pertama ini adik Qaireen telah hasilkan komik yg amat kemas. Susun atur teks baik.
Jika selalu praktis & mengikut teknik2 yang diajarkan cikgu insyaAllah komik adik Qaireen akan semakin baik. Terbaik buat adik Qaireen hari iniπ€©ππ»ππ✨
.
Jom Selawat, Allahumma Solli Ala Saidina Muhammad, Wa’ala Alihi Wasohbihi Wabarik Wasallim
Projek e-majalah kita masih on ya, its ok hantar lambat, janji kalian tepati tarikh submit yg kalian targetkan. Mudah mudahan usaha kecil ini menjadi permulaan untuk suatu yg besar dan bermakna aamin. Buat yang telah mendaftar, terima kasih banyak sudi memberi kepercayaan kepada kami. Didoakan kita semua sama-sama diberikan kesihatan yang baik selalu dan dicukupkan segala keperluan serta dimakbulkan doa-doa aamin aamin.
Selamat malam guys. Assalamualaikum wbt
π€²π·πΈ❤️π
.
Mahu sertai sama kelas kreatif seperti ini? Mari WhatsApp Pn Qay :
www.wasap.my/60199368133/pembacablogminatlukisdigital
Channel Telegram:
https://t.me/kelasmelukisdigitalprocreate
#kelasprocreatemalaysia
#kelasmelukisdigital
#melukisdiipad
#procreateclass
#digitaldrawingclass
#qnkartstudio
#supportlocal

No comments:
Post a Comment