Mari kenali kami

Sunday, November 16, 2025

Blog 16hb Nov 2025 (ahad)

16hb Nov 2025, Ahad

Kelas Melukis Digital app Procreate

Q&K Art Studio

Q&K Ruqaiyah N Maski Resources

(IP0590910-M)


Kelas Fizikal di Tamarind Square, Cyberjaya, Selangor


Sesi Pagi (Kelas Fizikal di Tamarind Square, Cyberjaya, Selangor)

10am - 12pm

Personal Coaching : Buku Cerita Digital

Harriz (12)








Sesi Tengahari

12.30pm-2.30pm

Personal Coaching : Buku Cerita Digital

Rayyan (13)








Sesi Malam

Kelas Online dari Cyberjaya

8pm - 10pm

B1 : Basic Draw (character & background)

Aqil Zafry (13)

dari Dungun, Terengganu









 

Bismillah Ar Rahman Ar Rahim


Assalamualaikum wbt


Hai hai semua. Salam ahad. Alhamdulillah terima kasih bagi Allah kerana memberikan kesihatan yang baik utk kita semua jalani kehidupan seperti yang dimahukan. Baik, kita ada sesi one to one semuanya hari ini, pagi tengahari dan malam.


Seronok melihat karya peserta, makin improve hari demi hari. Idea idea yang direalisasikan menjadi karya memang betul-betul unik dan baru di mata. Terbaik semua. Teruskan melakar dan mencipta dunia baru. Jangan lupa utk selitkan kebaikan utk dicontohi pembaca. Kerana itulah ‘pelaburan’ yang berpotensi membawa kita menuju dunia abadi terindah. aamin.


.

PENGUMUMAN


Ada update baru. Kita masih open bagi sesiapa yg berminat mahu menghantar karya mereka untuk e-majalah pertama di KMDP. Nama majalah masih lagi kita tercari cari. Ada idea menarik? Meh drop komen nama majalahnya apa. hehe


Aha, berita baik buat peserta yg sertai. Kita mulakan bayaran penyemangat untuk bakat baru yang mahu usaha mereka dihargai. Bayarannya tak seberapa kami tahu, jadi mari doakan moga bayaran ini meningkat hingga ke tahap satu nilai yang memuaskan hati semua. Dan seiring itu moga karya kalian hasilkan juga memuaskan hati para pembaca, ya! Hihi Aamin aamin.


Jadi buat yang belum tahu di e-majalah ini kita ada kategori berikut (utk sebuah majalah):- (kita update bayaran pemula sekali ya)


Komik Strip - 

total 4 slot : (total rm4+rm8 = rm12)


2 slot : hitam putih rm2 

2 slot : berwarna rm4 (1 page)

——————


Komik Bersiri - 

total 10 slot : (total rm144+rm72 = 216)


8 slot : + hitam putih (9 page termasuk cover x rm2 = rm18)

2 slot : + bewarna (9 page termasuk cover x rm4 = rm36)

——————


Komik One-shot - berwarna (4 page x rm4 = rm16)

total 2 slot : (total rm32)

——————


Ilustrasi Berwarna A4 (poster 1 page rm5)

total 10 entri : (rm50)

——————


Buku Cerita - berwarna (8 page x rm3 = rm24)

total 2 Slot : *slot baru buka* (rm48)


Total kos 1 majalah digital : rm12 + rm216 + rm32 + rm50 + rm48 = rm358

*Bayaran akan direlease selepas majalah kita publish untuk bacaan umum okeh. Setuju?


Kita kumpul bahan utk 3 buah majalah dulu, kemudian baru publish. 👍 Limit 1 orang sertai 1 kategori. Orang yang sama boleh sertai kategori lain dalam edisi majalah sama. Contoh pilih Kategori ilustrasi Berwarna A4, hanya 1 entri. Kemudian hantar entri Komik Strip (berwarna) 1 utk 1 majalah, diperbolehkan. Boleh terus wasap Cikgu Qay untuk pertanyaan lanjut ya.


Mudah mudahan ini adalah platform selamat dan terbaik untuk anak-anak mahupun dewasa yg  ingin kembangkan ilmu dan berkarya seiring redha Ilahi. Tak semestinya cerita pasal dakwah, banyak story2 yang kreatif kita boleh hasilkan tanpa perlu melanggar apa yang Allah telah hadkan kita hamba-hambaNya. All the best semua!


Itu sahaja seringkasnya malam ini. Selamat malam semua Assalamualaikum wbt.


🤲🌷🌸❤️👍

.


Mahu sertai sama kelas kreatif seperti ini? Mari WhatsApp Pn Qay : 

www.wasap.my/60199368133/pembacablogminatlukisdigital


Channel Telegram: 

https://t.me/kelasmelukisdigitalprocreate


#kelasprocreatemalaysia

#kelasmelukisdigital

#melukisdiipad

#procreateclass 

#digitaldrawingclass

#qnkartstudio

#supportlocal

No comments:

Post a Comment

Blog 13hb Mac 2026 (jumaat)

13hb Mac 2026, jumaat Kelas Melukis Digital app Procreate Q&K Art Studio Q&K Ruqaiyah N Maski Resources (IP0590910-M) Kelas Fi...