Mari kenali kami

Sunday, October 26, 2025

Blog 26hb Okt 2025 (ahad)

26 Okt 2025, Ahad

Kelas Melukis Digital app Procreate

Q&K Art Studio

Q&K Ruqaiyah N Maski Resources

(IP0590910-M)


Kelas Fizikal di Tamarind Square, Cyberjaya, Selangor


Sesi Pagi

10am - 12pm

PDASS 2 jam - Nadia (15), Amna (12) & Aya Zasya (9)

C2 : Advance Production - Izyan (12) & Ammar (9)

















Sesi Tengahari

12.30pm-2.30pm

A + B1 - Adam Fahim (15)








Sesi Malam

Kelas Online dari Cyberjaya

8.30pm - 9.30pm

Personal Coaching : Buku Cerita Digital

Fatima (8 )

dari Kuala Lumpur








 

Bismillah Ar Rahman Ar Rahim


Hari ahad hari ni. Sudah 5 hari berlangsung promosi 50% diskaun khas buat peserta baru dan yang mahu sambung kelas mereka dalam 5F anjuran kami. Bagi yang belum mengetahui kami menganjurkan kelas secara fizikal, di cyberjaya bagi yg dapat hadir. 


Untuk yang jauh tetapi belum miliki ipad kita boleh setup kelas secara hometutor. Parent jemput, cikgu datang ke tempat kalian. Atau juga bagi yang benar2 jauh tetapi sudah ada ipad siap install app procreate, kita boleh terus setup kelas mengikut jadual yang available.


Hari ini kita ada seramai 7 peserta kesemuanya. 5 sesi 10 pagi, seorang tengahari dan seorang malam. Syukur semuanya dapat hadir dalam keadaan sihat dan menunjukkan komitmen yang bagus demi masa depan mereka yang mendatang insyaAllah, moga Allah perkenan.


Buat dua beradik manis Izyan dan Ammar tahniah kerana berjaya menamatkan kelas 5 F bersama kami. Tahniah tahniah. Alhamdulillah selesai ya hehe. Juga Selamat Datang buat adik Adam Fahim peserta baru yang sepatutnya mendaftar semasa bengkel tempohari, oleh kerana ada hal mendadak yang tak dapat dielak kita ubah topik bengkel ke topik 5F.


Kami sentiasa berharap, segala apa yang kami berikan membawa kebaikan kepada semua para peserta. Dan kami amat berharap para ibu bapa berpuas hati dengan servis kami ini. Sebarang feedback amat kami hargai, dan kami mengharap kami mempunyai daya upaya meningkatkan kualiti ke tahap yang lebih tinggi aamin. Terima kasih ya semua, terima kasih ibu ayah yang sudi mendaftar. Kami amat hargai kebaikan tuan puan berkongsi rezeki bersama kami.


Oh ya, juga mahu war warkan lagi selagi boleh hehe, kami masih lagi  membuka penyertaan untuk mengadakan e-majalah khas untuk para peserta show off karya karya terbaik mereka. Boleh  terus wasap Cikgu Qay untuk pertanyaan lanjut ya.


Itu sahaja seringkasnya malam ini. Selamat malam semua Assalamualaikum wbt.


🤲🌷🌸❤️👍

.


Mahu sertai sama kelas kreatif seperti ini? Mari WhatsApp Pn Qay : 

www.wasap.my/60199368133/pembacablogminatlukisdigital


Channel Telegram: 

https://t.me/kelasmelukisdigitalprocreate


#kelasprocreatemalaysia

#kelasmelukisdigital

#melukisdiipad

#procreateclass 

#digitaldrawingclass

#qnkartstudio

No comments:

Post a Comment

Blog 10hb Mac 2026 (Selasa)

10hb Mac 2026, Selasa Kelas Melukis Digital app Procreate Q&K Art Studio Q&K Ruqaiyah N Maski Resources (IP0590910-M) Kelas On...