24 Okt 2025, jumaat
Kelas Melukis Digital app Procreate
Q&K Art Studio
Q&K Ruqaiyah N Maski Resources
(IP0590910-M)
Kelas Online dari Cyberjaya
Sesi Pagi
PDASS 1 jam
9am - 10.00am - Aisyah (8)
10.00am - 11.00am - Zahraa (12)
dari Kota Bharu, Kelantan
Sesi Malam
8pm - 10pm
Personal Coaching : Komik Bersiri
Aqief (15)
dari Kelantan
Bismillah Ar Rahman Ar Rahim
Assalamualaikum wbt
Jumaat sudah kita, dan telah berlangsung 3 hari Promosi 50% diskaun kita khas buat mereka yang mahu grab offer ini. Tanpa melengah masa, kita share feedback cikgu untuk peserta hari ini ya.
——
Alhamdulillah hari ini adik Zahraa & adik Aisyah telah menyiapkan beberapa task yg diberikan oleh cikgu.
Adik Zahraa tadi berjaya siapkan 2 lukisan karakternya sendiri. Apa yang menariknya, adik Aisyah sendiri mendesign wataknya tanpa perlu mengikut contoh dari cikgu. Ini salah 1 peningkatan yg baik agar adik Aisyah selalu berani menunjukkan kreativitinya.
Lukisan kedua-dua watak adik Aisyah pun kemas, insyaAllah sesi akan datang kita akan buat watak yg ke-3 ya. Selepas itu kita akan letakkan watak yg sudah dilukis menjadi satu poster menarik.
Adik Zahraa pula telah berjaya lengkap poster storytelling nya tadi. Semua secene yg di lukis amat kemas & mempunyai warna yg baik. Kefahaman tentang penggunaan layer ini pun amat difahami oleh adik Zahraa dgn baik sekali. Untuk sesi seterusnya kami akan masukkan teks pada poster ini agar kita lebih memahami cerita yg ada pd poster & seterusnya cikgu akan berikan task baru ya.
Terbaik buat adik Zahraa & Aisyah hari iniππ€²π€©πππ»
—
Hari ini adik Aqief sudah mula memulakan lukisan komik genre seram ini di page yg pertama. Pada hasil page 1 tadi cikgu amat suka kerana ada beberapa teknik yg adik Aqief buat sendiri agar memudahkan proses mencipta lukisan dgn lebih mudah.
Kefahaman terhadap penggunaan layer pun sudah semakin baik. Hanya perlu perlahan-lahan dalam menghasilkan sesuatu lukisan ya, risau jika terlalu cepat lukisan akan menjadi kurang kemas.
Tentang jalan cerita komik adik Aqief ini pun baik & cikgu suka cara atau style penyampaian dlm angle lukisan komik. Terbaik buat adik Aqief malam iniππ»ππ€²π€©π
Baik semua Itu sahaja ya untuk kali ini, didoakan semua yang sudi follow dan baca diberikan kesihatan yang baik selalu dan dicukupkan segala keperluan serta dimakbulkan doa-doa aamin aamin. Assalamualaikum wbt selamat malam.
π€²π·πΈ❤️π
.
Mahu sertai sama kelas kreatif seperti ini? Mari WhatsApp Pn Qay :
www.wasap.my/60199368133/pembacablogminatlukisdigital
Channel Telegram:
https://t.me/kelasmelukisdigitalprocreate
#kelasprocreatemalaysia
#kelasmelukisdigital
#melukisdiipad
#procreateclass
#digitaldrawingclass
#qnkartstudio



No comments:
Post a Comment