Mari kenali kami

Monday, October 20, 2025

Blog 20hb okt 2025 (isnin)

20 Okt 2025, isnin

Kelas Melukis Digital app Procreate

Q&K Art Studio

Q&K Ruqaiyah N Maski Resources

(IP0590910-M)


Kelas Online dari Cyberjaya


Sesi Pagi

9am - 11am

C1 : Advance Draw

Rayyan (14)






PS: Untuk lihat attachment berbentuk video semasa kelas dan/atau hasil animasi peserta, 

boleh ke Telegram Channel atau FB kami dan cari tarikh post yang dimahukan. Terima kasih.




dari Melaka

Sesi Malam

8.30pm - 9.30pm

Personal Coaching : Buku Cerita Digital

Fatima (8 )

dari Kuala Lumpur








Assalamualaikum wbt


Sekarang jam 10.34 malam. Kelas selesai sejam yang lalu. Alhamdulillah rupanya cuti panjang kali ini ya. Huhuhu PDPR bakal berjalan di sekitar KL dan yang terpilih kerana acara ASEAN. Sesi hometutor yang sudah dijadualkan juga terpaksa diubah ke tarikh baru. Kita ikutkan saja. Moga urusan para ibu ayah dipermudahkan ya aamin aamin.


Baik untuk kisah kita di KMDP hari ini ada 2 peserta online. Alhamdulillah dapat berjalan dengan baik, semua juga sihat syukur dapat sertai kelas dan bersemangat pelajari dan membuat task yang disediakan. Berikut feedback cikgu Maski ya buat mereka.


Alhamdulillah sesi hari ini merupakan kelas advance pertama dalam topik animasi. Sebenarnya ramai pelajar cikgu tak mahu buat animasi sebab agak susah & banyak kena buat untuk lengkapkan animasi dengan baik.


Namun adik Rayyan nampaknya betul2 berbakat. Satu persatu teknik cikgu dapat diikuti dengan baik. Nampak adik Rayyan sangat fokus sepanjang kelas. Walaupun ini kelas secara atas talian, adik Rayyan boleh melukis tanpa sebarang masalah. 


Untuk hasil hari ini cikgu berpuas hati, nampak sangat kemas hasil lukisan karakter & background. Hanya kena tingkatkan lagi pemahaman dlm pengunaan layer ya. Nanti kita sambung semula kelas advance ke-2 ya.


Di kelas advance ke-2 kita akan mula membuat animasi kita bersama-sama.

Terbaik buat adik Rayyan yg super creativeπŸŽ‰πŸ‘πŸ‘πŸ»✨🀲


Alhamdulillah malam ini adik Fatima menyambung semula buku cerita digitalnya di chapter yg ke-2.


Cikgu sangat suka dengan idea-idea kreatif & naive yang ada pada adik Fatima ini. Sekarang dah mula nampak angle2 lukisannya berubah2 mengikut jalan cerita yang dihasilkan. Elemen ini amat penting di dalam menyampaikan gaya/persembahan cerita.


Terbaik buat adik Fatima hari iniπŸ‘πŸ€©πŸ‘πŸ»πŸŽ‰✨


That all for today minna-san!

Selamat bercuti bagi yang masih bercuti.

Serta selamat malam & Assalamualaikum wbt.


🀲🌷🌸❤️πŸ‘

.


Mahu sertai sama kelas kreatif seperti ini? Mari WhatsApp Pn Qay : 

www.wasap.my/60199368133/pembacablogminatlukisdigital


Channel Telegram: 

https://t.me/kelasmelukisdigitalprocreate


#kelasprocreatemalaysia

#kelasmelukisdigital

#melukisdiipad

#procreateclass 

#digitaldrawingclass

#qnkartstudio

No comments:

Post a Comment

Blog 13hb Mac 2026 (jumaat)

13hb Mac 2026, jumaat Kelas Melukis Digital app Procreate Q&K Art Studio Q&K Ruqaiyah N Maski Resources (IP0590910-M) Kelas Fi...