26 Sept 2025, jumaat
Kelas Melukis Digital app Procreate
Q&K Art Studio
Q&K Ruqaiyah N Maski Resources
(IP0590910-M)
Kelas Online dari Cyberjaya
Sesi Pagi
PDASS 1 jam
9am - 10.00am - Aisyah (8)
10.00am - 11.00am - Zahraa (12)
dari Kota Bharu, Kelantan
Sesi Malam
8pm - 10pm
C1 : Advance Draw
Qaireen (12)
dari Rompin, Pahang
PS: Untuk lihat attachment berbentuk video semasa kelas dan/atau hasil animasi peserta,
boleh ke Telegram Channel atau FB kami dan cari tarikh post yang dimahukan. Terima kasih.
Bismillah Ar Rahman Ar Rahim
Assalamualaikum wbt
Salam jumaat semua. Ok hari ini kita ada 2 sesi online. Tanpa membuang masa, kita kongsi feedback cikgu untuk peserta hari ini ya.
——
Syukur alhamdulillah hari ini cikgu bersama-sama adik Zahraa & Aisyah siapkan task yg berbaki pada kelas lalu.
Adik Aisyah kini telah siapkan page komiknya yg ke-2. Disesi akan dtg kami akan mula masukkan teks yg bersesuaian dgn cerita adik Aisyah ini. Komik yg dihasilkan semakin kemas & warna pun cikgu lihat sudah semakin yakin.
Adik Zahraa pula telah siapkan poster tadi & cikgu amat suka dgn hasil poster ini yg sgt ceria. Teknik warna seakan2 tradisional ini menaikkan lagi elemen comel pada lukisan adik Zahraa. Dan alhamdulillah adik Zahraa sudah dapat rentak utk terus gunakan teknik mewarna seperti ini.
Terbaik buat mereka berdua hari ini, jika sudah sedia boleh kita start projek buku cerita digital nantiππ
——
Hari ini adalah kelas advance pertama adik Qaireen dalam topik karakter. Alhamdulillah hari ini banyak teknik2 yg diajarkan pada adik Qaireen untuk perkemaskan lagi teknik melukis karakter.
Cikgu memberikan tema utk melukis karakter ini & adik Qaireen telah memilih tema anime. Karakter yg dilukisnya bagus hanya perlu selalu guna tools yg akan memudahkan proses mencipta karakter.
Idea adik Qaireen juga kreatif & cikgu bantu untuk tune bagi kemas lagi agar karakter yg dihasilkan lebih firm & solid. InsyaAllah kelas akan dtg kita akan buat pose lain, ekspresi wajah & poster karakter ya. Terbaik buat adik Qaireen hari iniπ€©ππ»ππ✨
——
Baik itu sahaja dari kami, baru nak dinner (lewat dah haha), jumpa esok ya insyaAllah moga semua sihat aamin aamin. Assalamualaikum wbt selamat malam ~
π€²π·πΈ❤️π
.
Mahu sertai sama kelas kreatif seperti ini? Mari WhatsApp Pn Qay :
www.wasap.my/60199368133/pembacablogminatlukisdigital
Channel Telegram:
https://t.me/kelasmelukisdigitalprocreate
Ps: kami sedang buat jualan PDF Procreate Module tau! ada 6 buku, 1 daripadanya module dibuat sendiri oleh Puan Qay. Jemput beli! hehe ... klik link ni ya >>> https://toyyibpay.com/PDF-Procreate-Module-2025 <<<<
#kelasprocreatemalaysia
#kelasmelukisdigital
#melukisdiipad
#procreateclass
#digitaldrawingclass



No comments:
Post a Comment