Mari kenali kami

Monday, September 22, 2025

Blog 22hb Sept 2025 (isnin)

22 Sept 2025, isnin

Kelas Melukis Digital app Procreate

Q&K Art Studio

Q&K Ruqaiyah N Maski Resources

(IP0590910-M)


Sesi Pagi

Kelas Online dari Cyberjaya

9am - 11am

B2 : Basic Perspective Drawing

dari Penang

Puan Nadiah (37) *cancel, demam


Sesi Petang (1 to 1)

Kelas Fizikal di Tamarind Square, Cyberjaya, Selangor
4pm - 6pm

B1 : Basic Draw (character & background)

dari Cyberjaya

Puan Rashvin (31)






Sesi Malam

Kelas Online dari Cyberjaya

8.30pm - 9.30pm

PDASS 2 Jam

Fatima (8)

Kuala Lumpur







Contoh poster Cikgu Maski hasilkan semasa kelas 
utk adik Fatima rujuk persembahan satu satu lukisan



Assalamualaikum wbt


Hai hai. Serius siapa ya baca story ni? kasi like sikit nak tengok. Hehe. Tq ya sudi ikuti perkembangan kelas kami ini. Kami mengharapkan moga apa yang kami cuba bawakan ini telah banyak membantu para peserta semua tak kira kanak2, remaja dan dewasa, mempermudah dan melancarkan lagi kalian mengecapi apa impian kalian nanti ya. Itulah harapan kami. Aamin aamin ya Allah.


Baik hari ini ada 3 sesi, 2 online dan 1 fizikal. Sesi online pagi kita anjak ke tarikh baru kerana peserta kita Puan Nadiah dari Penang diuji demam. Syafakillah, moga segera sembuh ya. 


Untuk sesi fizikal 1 to 1 petang, kita bersama dengan Puan Rashvin yang berminat untuk pelajari cara menghasillkan lukisan karakter dan persembahan video kad undangan. Berikut kita kongsikan feedback cikgu ya.


Hari ini kita telah mempelajari dengan lebih mendalam tentang cara/teknik tracing gambar. Melalui teknik ini kita akan dapat hasilkan lukisan di dalam bentuk illustrasi yang akan kita warnakan nanti.


Cikgu sangat suka hasil tracing dari Puan Rashvin yang kemas. Cikgu percaya jika puan banyakkan latihan lukisan akan semakin bertambah baik. Di kelas akan datang cikgu akan ajarkan pula cara mencipta background & seterusnya animate dgn menggunakan mental canvas.


Malam sebentar tadi pula kita bersama adik Fatima. Cikgu melihat idea yang mencurah-curah dari adik Fatima mengenai jalan cerita yang sedang dilukisnya.


Watak semua sangat comel & masing2 ada identiti serta personaliti tersendiri. Jadi cikgu ingin menyumbangkan sesuatu untuk hasilkan satu poster tentang cerita adik Fatima tadi. Cikgu suka cara storytelling adik Fatima ini, terbaik ya👍🤲🤩🎉


Jumpa lagi semua. 😉👍 Selamat malam Assalamualaikum wbt. Izinkan cikgu beradu dulu… huhuhu 


🤲🌷🌸❤️👍

.


Mahu sertai sama kelas kreatif seperti ini? Mari WhatsApp Pn Qay : 

www.wasap.my/60199368133/pembacablogminatlukisdigital


Channel Telegram: 

https://t.me/kelasmelukisdigitalprocreate


#kelasprocreatemalaysia

#kelasmelukisdigital

#melukisdiipad

#procreateclass 

#digitaldrawingclass

No comments:

Post a Comment

Blog 13hb Mac 2026 (jumaat)

13hb Mac 2026, jumaat Kelas Melukis Digital app Procreate Q&K Art Studio Q&K Ruqaiyah N Maski Resources (IP0590910-M) Kelas Fi...