15 Sept 2025, isnin
Kelas Melukis Digital app Procreate
Q&K Art Studio
Q&K Ruqaiyah N Maski Resources
(IP0590910-M)
Kelas Online dari Cyberjaya
Sesi Pagi
9am - 10.30
B1 : Basic Draw (Home Object & background)
dari Penang
Puan Nadiah (37)
Sesi Malam
8.30pm - 9.30pm
PDASS 2 Jam
Fatima (8)
Kuala Lumpur
PS: Untuk lihat attachment berbentuk video semasa kelas dan/atau hasil animasi peserta,
boleh ke Telegram Channel atau FB kami dan cari tarikh post yang dimahukan. Terima kasih.
Assalamualaikum wbt
Salam isnin eberibadi! Haha saja la eja tak berapa betul sikit. Hidup ni jangan serius serius sangat. Nikmati setiap momen yang kita ada, orang2 dalam circle kita yang masih bersama kita.
Apa saja ujian yang datang, kita lah yang tetapkan cara dan bagaimana kita menghadapinya. Sama ada dengan tenang, positif, redha, terbuka hati, dan berdoa agar diberikan kefahaman hikmah dengan apa yang terjadi. Atau semua itu tapi dengan yang berlawanan. Akhirnya berbalik pada keadaan hati kita, adakah hati kita mencapai rasa tenang?
Alright, mari kita kongsikan feedback cikgu maski utk peserta kita hari ni ya.
Alhamdulillah hari ini kita sudah belajar cara melukis & mencipta satu lukisan/gambar mengikut tema.
Cikgu mengajarkan teknik mengolah gambar yg bersesuaian dgn idea kita & puan Nadiah dapat mengikut satu persatu teknik ini dgn baik. Semestinya perlu lebih banyak latihan agar dpt membiasakan diri dgn tools procreate.
Hasil artwork dari puan pun sangat cantik & kemas setiap susunan objek yg diolah.
Malam pula kita bersama adik Fatima. Cikgu berikan task baru yg sedikit mencabar. Cikgu berikan tema lukisan bertemakan watak princess.
Cikgu minta agar adik Fatima boleh mencipta watak yg lebih terperinci & agar menampakkan watak yg direka itu adalah seorang princess. Adik Fatima sebenarnya boleh mencipta watak, mungkin perlu berani mencuba hasilkan sesuatu yg baru. Cikgu faham dgn skill sekarang adik Fatima sudah boleh melukis namun cikgu mahu adik Fatima dpt improve lagi skill yg lain.
Dari segi idea penciptaan watak yg bersahaja & jalan cerita mmg terbaik. Nampak kematangan dari segi itu. Untuk sesi seterusnya adik Fatima minta cikgu guide cerita yg baru dilukisnya. InsyaAllah berjumpa pula di sesi yg lain yaπ
Terbaik buat Puan Nadiah & adik Fatimaπππ€©ππ»π€²
Baik cukup untuk malam ini. Seringkasnya saja. Tidur baik2, moga dapat rehat dengan cukup ya. Sihat selalu aamin.
Selamat bercuti ya semua. Assalamualaikum wbt.
π€²π·πΈ❤️π
.
Mahu sertai sama kelas kreatif seperti ini? Mari WhatsApp Pn Qay :
www.wasap.my/60199368133/pembacablogminatlukisdigital
Channel Telegram:
https://t.me/kelasmelukisdigitalprocreate
#kelasprocreatemalaysia
#kelasmelukisdigital
#melukisdiipad
#procreateclass
#digitaldrawingclass


No comments:
Post a Comment