28 Julai 2025, isnin
Kelas Melukis Digital app Procreate
Q&K Art Studio
Q&K Ruqaiyah N Maski Resources
(IP0590910-M)
Kelas Online dari Cyberjaya
Sesi Malam
8pm - 10pm
B2 : Basic Production (comic & animation)
dari Gombak
Nuryn (12)
PS: Untuk lihat attachment berbentuk video semasa kelas dan hasil animasi peserta,
boleh ke Telegram Channel atau FB kami dan cari tarikh post yang dimahukan. Terima kasih.
Assalamualaikum wbt
Salam isnin semua. Alhamdulillah, sihat mata kita hari ini dapat melihat dan membaca posting dari KMDP ini. syukur syukur ya Allah.
Alhamdulillah malam ini telah masuk pada kelas topik asas melukis komik & animasi. Komik yg diajarkan oleh cikgu adalah berkenaan dgn komik strip yg tiada dialog. Agak mencabar nk lukis komik seperti ini kerana tiada dialog & hanya bergantung pada lukisan utk menyampaikan cerita. Syukur adik Nuryn mempunyai idea yg baik & mudah difahami.
Seterusnya cikgu juga ajarkan topik asas motion animasi. Dan kesemua artwork pd malam ini semuanya comel ada sedikit ada konsep doodle pada artwork adik Nuryn & hasilnya sgt comel. Untuk sesi kelas advance pula, adik Nuryn boleh memilih salah satu topik utk belajar dgn lebih mendalam lagi ya. Boleh pilih sama ada mahu belajar karakter, background, komik atau animasi. Terbaik buat adik Nuryn mlm iniπππ»ππ€©✨π€² jumpa lagi nantiπ
Baik semua, itu sahaja story dari kami. Selamat malam, Assalamualaikum wbt.
π€²π·πΈ❤️π
.
Mahu sertai sama kelas kreatif seperti ini? Mari WhatsApp Pn Qay :
www.wasap.my/60199368133/pembacablogminatlukisdigital
Channel Telegram:
https://t.me/kelasmelukisdigitalprocreate
#kelasprocreatemalaysia
#kelasmelukisdigital
#melukisdiipad
#procreateclass
#digitaldrawingclass
No comments:
Post a Comment