Mari kenali kami

Thursday, July 24, 2025

Blog 25hb julai 2025 (jumaat)

25 Julai 2025, Jumaat

Kelas Melukis Digital app Procreate

Q&K Art Studio

Q&K Ruqaiyah N Maski Resources

(IP0590910-M)


Kelas Online dari Cyberjaya

Sesi Pagi

9am - 10.00am

10.00am - 11.00am

PDASS 1 jam - Zahraa (12), Aisyah (8) 











Bismillah Ar Rahman Ar Rahim


Alhamdulillah, kami dapat bersama-sama semula dengan dua beradik yang berbakat dari Kelantan ini. Mereka masih lagi meneruskan kelas bulanan selepas mengikuti kelas full course kami. Kakak iaitu adik Zahraa diberikan task membuat storytelling dalam bentuk poster. Manakala adik iaitu Aisyah diberikan task membuat komik strip.


Hari ini adik Aisyah menyambung semula komik muka surat pertamanya dengan melukis panel komik yang ke-2,3 & 4. Di muka surat pertama ini kami bersama-sama memperkenalkan watak utama komik dengan melukis cerita yg santai/bersahaja. Selepas sketch disiapkan, adik Aisyah mula tracing & warna. InsyaAllah untuk sesi seterusnya, pada muka surat ke-2, cikgu mahu adik Aisyah berikan idea ya. Hihi dah boleh mula fikirkan mahu lukis apa nanti.


Buat adik Zahraa pula, scene seterusnya juga mula dilukis. Kali ini kami fokuskan tentang bagaimana perjalanan cerita ini & cikgu berikan peluang untuk adik Zahraa fikirkan idea buat scene yg ke-3. Alhamdulillah idea yg diberikan amat baik & kami pun bersama-sama melakar idea tersebut. Seperti biasa sesi akan datang adik Zahraa akan mula warna & memikirkan scene seterusnya pula.


Terbaik buat mereka berdua hari ini yang sentiasa fokus & tidak malu berikan idea-idea bernasπŸŽ‰πŸ‘πŸ‘πŸ»

Jumpa di sesi seterusnya pula yaπŸ˜‰πŸ‘‹


.


Mahu sertai sama kelas kreatif seperti ini? Mari WhatsApp Pn Qay : 

www.wasap.my/60199368133/pembacablogminatlukisdigital


Channel Telegram: 

https://t.me/kelasmelukisdigitalprocreate


#kelasprocreatemalaysia

#kelasmelukisdigital

#melukisdiipad

#procreateclass 

#digitaldrawingclass

No comments:

Post a Comment

Blog 10hb Mac 2026 (Selasa)

10hb Mac 2026, Selasa Kelas Melukis Digital app Procreate Q&K Art Studio Q&K Ruqaiyah N Maski Resources (IP0590910-M) Kelas On...