29 Julai 2025, Selasa
Kelas Melukis Digital app Procreate
Q&K Art Studio
Q&K Ruqaiyah N Maski Resources
(IP0590910-M)
Kelas Online dari Cyberjaya
Sesi Malam
8pm - 9.30pm
B1 : Basic Draw (character & background)
dari Kuantan
Pn Meera (35)
Bismillah Ar Rahman Ar Rahim
Hai semua salam hari selasa. Oh lupa nak cerita Cikgu Qay dah kembali sihat alhamdulillah terima kasih doa doa baik semua. Mudah mudahan Cikgu Qay kembali sihat sepenuhnya dan boleh lah kami bekerjasama menjalankan kelas ini dengan berkesan aamin.
Baik hari ini kita ada seorang peserta online dari Kuantan meneruskan topik kedua beliau. Ini feedback cikgu ya seringkasnya.
Cikgu sangat suka melihat perkembangan & kreativiti yang Puan Meera tunjukkan sepanjang kelas tadi. Walaupun pertama kali melukis karakter, Puan Meera dapat membuat karakter yang disukai dengan menggunakan teknik ‘Basic T’ dengan sgt kemas.
Cikgu juga ajarkan teknik melukis background dgn kaedah silhouette. Berjumpa di kelas seterusnya untuk sama2 mempelajari asas membuat komik & animasi di procreate. Jumpa lagi nantiππ€²π
Itu sahaja dari kami. Kami doakan moga semua kita jangan mengalah akan impian dan cita-cita kita. Walau telah usia lanjut, selagi diberikan hari baru untuk melakukan urusan harian, selitkan sedikit masa jayakan apa yang sebenarnya kita target mahu lakukan dalam hidup kita.
Buat kita lebih bahagia, bertujuan, bersinar mata penuh harapan. Usah rasa diri sudah tiada daya, tidak berguna semacamnya. Kita penat, kita rehat. Kemudian setup semula, masuk balik landasan. Ikut kemampuan, keupayaan kita, lambat atau cepat. Janji kita ada usaha, janji ya geng! Terus bermimpi. Terus berharap.
Selamat malam, Assalamualaikum wbt.
π€²ππ·π
.
Mahu sertai sama kelas kreatif seperti ini? Mari WhatsApp Pn Qay :
www.wasap.my/60199368133/pembacablogminatlukisdigital
Channel Telegram:
https://t.me/kelasmelukisdigitalprocreate
#kelasprocreatemalaysia
#kelasmelukisdigital
#melukisdiipad
#procreateclass
#digitaldrawingclass




















