02 Jun 2025, isnin
Kelas Melukis Digital app Procreate
Q&K Art Studio
Q&K Ruqaiyah N Maski Resources
(IP0590910-M)
Kelas Online dari Cyberjaya
Sesi Pagi
8.15am - 10.15am
B2 : Basic Production (comic & animation)
Dari Alor Gajah Melaka
Tolhah (9)
Sesi Malam
9pm - 11pm
C2 : Advance Production
dari Saudi
Alisya (11)
Salam semua. Didoakan moga semua dalam sihat, mempunyai kekuatan menempuh hidup yang penuh ujian ini.
Alhamdulillah hari ini telah masuk pada kelas topik asas melukis komik & animasi bagi adik Tolhah yang berasal dari Melaka. Komik yang diajarkan oleh cikgu adalah berkenaan dgn komik strip yg tiada dialog. Agak mencabar nak lukis komik seperti ini kerana tiada dialog & hanya bergantung pada lukisan utk menyampaikan cerita. Syukur adik Tolhah mempunyai idea yg sgt baik & mudah difahami.
Seterusnya cikgu juga ajarkan topik asas motion animasi. Dan kesemua artwork pada hari ini semuanya kemas & sgt memuaskan. Untuk sesi kelas advance pula, adik Tolhah boleh memilih salah satu topik utk belajar dengan lebih mendalam lagi ya. Boleh pilih sama ada mahu belajar karakter, background, komik atau animasi.
Bersama dengan adik Alisya pula. Alhamdulillah selesai sudah kelas 5 foundation bersama adik Alisya. Secara jujurnya cikgu melihat adik Alisya ni memang berbakat & itu tak dapat dinafikan.
Memang dah mula agak sepanjang kelas bersama cikgu adik Alisya ni pandai melukis watak & ini merupakan kelebihan yg ada pada adik Alisya. Sebab di usia 11 tahun begini kebanyakkan pelajar cikgu masih tercari-cari art style & stroke, namun Alisya sudah ada style tersendiri. Ini mungkin kerana minatnya terhadap seni lukis.
Tadi kami menyambung semula task melukis karakter & berjaya diwarnakan. Sepatutnya kami gunakan pose berbeza utk poster, namun dengan masa yg terhad cikgu terpaksa ubah plan & akhirnya kami bersama-sama gunakan karakter yg baru disiapkan utk dijadikan poster.
Maaf mengambil masa sedikit tadi ya, semoga adik Alisya belajar benda baru & seronok belajar bersama cikguπ
Terbaik buat adik Tolhah dan adik Alisya hari iniπ✨πππ»π€²
Baik kita jumpa lagi di sesi seterusnya ya. Assalamualaikum wbt.
π€²π·πΈ❤️π
.
Mahu sertai sama kelas kreatif seperti ini? Mari WhatsApp Pn Qay :
www.wasap.my/60199368133/pembacablogminatlukisdigital
Channel Telegram:
https://t.me/kelasmelukisdigitalprocreate
#kelasprocreatemalaysia
#kelasmelukisdigital
#melukisdiipad
#procreateclass
#digitaldrawingclass



No comments:
Post a Comment