15 Jun 2025, ahad
Kelas Melukis Digital app Procreate
Q&K Art Studio
Q&K Ruqaiyah N Maski Resources
(IP0590910-M)
Kelas Fizikal di Tamarind Square, Cyberjaya, Selangor
Sesi Pagi
10am - 12pm
PDASS 2 jam - Nadia (15), Damia (14), Zahra (8 )
A : Basic App Procreate (1.5 jam) - Balqis (16)
Sesi Tengahari
12.30pm - 2.30pm
PDASS 2 Jam - Qaisara (10), Amna Muammar (12)
C1: Qalisya (6)
A : Basic App Procreate (1.5 jam) - Khadijah (15)
Peserta sesi ini ada juga menghasilkan animasi 2D. Mohon ke Telegram Channel atau FB Personal kami untuk lihat hasil mereka. TQ
Sesi Malam (online)
8.30pm - 9.30pm
PDASS 1 jam
Fatima (8 )
Bismillah Ar Rahman Ar Rahim
Alhamdulillah hari ini berlangsung 3 sesi kelas. Alhamdulillah Allah permudah semua perancangan dan dapat mengikuti jadual seperti yang diaturkan. Allah Maha Penyayang.
Hari ini kami bersama dengan 2 peserta baru. Selamat datang ya Adik Balqis dan Adik Khadijah ke Kelas Melukis Digital Procreate. Mereka sangat bersemangat ingin mempelajari teknik melukis digital di app ini. Juga ada yang terus mendaftar untuk kelas berikutnya setelah selesainya kelas pertama mereka tadi. Alhamdulillah, Allah pemilik segala hati.
Salah satu kemudahan yang kami sediakan iaitu menyediakan set ipad buat peserta yang masih belum memiliki ipad sendiri. Jadi buat sesiapa yang mahu belajar bersama kami, kalian berpeluang merasai dan mengambil pengalaman menggunakan ipad serta app Procreate untuk menilai samada adakah ia berbaloi dimiliki nanti.
Hari ini juga kami turut bersama pelajar kelas bulanan seramai 6 orang termasuk online. Kesemua mereka dapat melakukan task yang diminta dengan baik, syukur. Ingat jangan balik rumah tak praktis ya. Lukisan ni memang perlu latihan tanpa henti. Cikgu juga berlatih sehingga ke hari ini tau.
Baik itu sahaja kisah kami di KMDP. Moga semua mana yang diuji kesihatan, Allah berikan kesembuhan aamin. Bagi yang diuji kesempitan, moga Allah melapangkan serta mencukupkan keperluan. Kami doakan moga doa doa kalian makbul, moga kita semua dapat meninggalkan sesuatu berharga dibumi. Amal kebajikan itu pula mengalirkan pahala buat kita walau kita sudah dikuburkan aamin.
Sedikit perkongsian apakah amal kebajikan yang bersifat demikian?
Nabi Muhammad saw (selawatlah)
Ada pesan..
7 Cara-cara untuk dapat pahala terus mengalir masa alam kuburnya setelah kita mati
Ialah
(i) mengajarkan ilmu
(ii) mengalirkan sungai
(iii) menggali sumur (telaga)
(iv) menanam pohon kurma
(v) membangunkan masjid
(vi) mewariskan mushaf (salinan al Quran)
(vii) anak yang memintakan keampunan untuknya setelah kematiannya.
Untuk mudah faham zaman kita sekarang ni
1. Ajar apa-apa ilmu yang beri manfaat buat hidup dan mati seseorang
2. Buat telaga di tempat2 yang selalu bermasalah tiada air
3. Tanam pokok buah buahan yang boleh dimakan manusia dan haiwan
4. Infaq duit untuk membangun masjid
5. Sedekah dan infaq al Quran
6. Anak yang soleh solehah yang ingat pada kita.
7. Sedekah telekung/ sejadah/ pakaian dan apa jua keperluan pada yang perlu
- Anda fikirkanlah selebihnya. Moga Allah terima impian kita ini ya aamin
Selaat malam semua. Assalamualaikum wbt
🤲🌷🌸❤️👍
.
Mahu sertai sama kelas kreatif seperti ini? Mari WhatsApp Pn Qay :
www.wasap.my/60199368133/pembacablogminatlukisdigital
Channel Telegram:
https://t.me/kelasmelukisdigitalprocreate
#kelasprocreatemalaysia
#kelasmelukisdigital
#melukisdiipad
#procreateclass
#digitaldrawingclass









No comments:
Post a Comment