27 Jun 2025, jumaat
Kelas Melukis Digital app Procreate
Q&K Art Studio
Q&K Ruqaiyah N Maski Resources
(IP0590910-M)
Kelas Online dari Cyberjaya
Sesi Pagi
9am - 11am
C2 : Advance Production
Tolhah (9)
Dari Alor Gajah, Melaka
PS: Untuk lihat attachment berbentuk video semasa kelas dan hasil animasi peserta,
boleh ke Telegram Channel atau FB kami dan cari tarikh post yang dimahukan. Terima kasih.
Sesi Malam (online)
8.30pm - 9.30pm
PDASS 1 jam
Fatima (8 )
Bismillah Ar Rahman Ar Rahim
Assalamualaikum wbt hai hai salam kisah hari jumaat semua. Moga semua dalam sihat sejahtera dan dilancarkan hari.
Alhamdulillah hari ini merupakan sesi ke-2 kelas advance dlm topik animasi bersama adik Tolhah yg super creative & berbakat ini.
Cikgu sangat kagum dengan kemahiran adik Tolhah dapat menyusun layer dgn kemas menggunakan app procreate ini. Animasi hari ini kami bersama-sama cuba gerakkan beberapa karakter dalam 1 canvas yang sama.
Walaupun banyak layer yang perlu disusun, copy & paste, namun adik Tolhah sgt tenang mengikut teknik yg diajarkan padanya. Selepas layer animasi siap disusun, kami mula mengedit animasi dgn menggunakan app iMovie. Di sini kami mula memasukkan filter, sound effect, music background, sound record & title animasi.
Hasil animasi adik Tolhah hari ini kemas & cantik. Ada juga beberapa hasil animasi lain yg adik Tolhah hasilkan sendiri. Disini cikgu amat memuji usahanya dalam memahami bab penggunaan layer. Latihan amat penting agar tidak lupa apa yg sudah dipelajari. Terbaik buat adik Tolhah & tahniah sudah habiskan sesi full course bersama-samaππ€©ππ»π·ππ€²✨
Alhamdulillah malam sebentar tadi pula Cikgu dan adik Fatima bersama-sama mula mewarna lukisan yang bertemakan laut ini. Pada proses warna kami telah bahagikan kepada warna karakter & juga warna background. Ini akan memudahkan kami untuk buat sedikit animasi pada lukisan yg telah siap.
Adik Fatima seperti biasa mempunyai fokus yg amat baik & yg paling penting adik Fatima dapat ilmu baru & seronok sepanjang kelas ya. Terbaik buat adik Fatima yg sentiasa konsisten hasilkan artwork terbaiknyaπ✨ππ»ππ·π€²
Baik ini sahaja kisah dari KMDP. Nantikan update posting hari sabtu esok pula. Sihat selalu semua ya aamin.
Assalamualaikum wbt
π€²π·πΈ❤️π
.
Mahu sertai sama kelas kreatif seperti ini? Mari WhatsApp Pn Qay :
www.wasap.my/60199368133/pembacablogminatlukisdigital
Channel Telegram:
https://t.me/kelasmelukisdigitalprocreate
#kelasprocreatemalaysia
#kelasmelukisdigital
#melukisdiipad
#procreateclass
#digitaldrawingclass
No comments:
Post a Comment