10 Mei 2025, Sabtu
Kelas Melukis Digital app Procreate
Q&K Art Studio
Q&K Ruqaiyah N Maski Resources
(IP0590910-M)
Kelas Fizikal di Tamarind Square, Cyberjaya, Selangor
Sesi Pagi
10am - 12pm
PDASS - Shahriez (14)
A : Basic App Procreate - Adam (18 )
Sesi Malam : Online
8.30pm - 10.30pm
Tolhah (8 )
Dari Melaka
Bismillah Ar Rahman Ar Rahim
Salam hari sabtu 🤩 Hehe Baik kita ada 2 sesi iaitu pagi fizikal dan malam sesi online.
Sesi fizikal pagi kita bersama dua peserta. Selamat datang buat seorang peserta baru dari Kajang iaitu Adam berumur 18 tahun. Serta bersama sama beliau peserta PDASS iaitu adik Shahriez yang berbakat.
Alhamdulillah dapat juga bersua dgn adik Shahriez yg super creative ini, hihi. Kali ini cikgu memberikan task membuat komik dengan menggunakan karakter yg disukai. Adik Shahriez memilih tema kereta tank utk komik kali ini. InsyaAllah di kelas akan datang kami akan bersama-sama mula membuat jalan cerita yg sesuai dengan tema ini.
Alhamdulillah adik Adam dapat selesaikan tugasan yang diberi cikgu dengan baik sekali. Adik Adam juga dapat memahami fungsi asas procreate ini dan dapat membuat lukisan tanpa sebarang masalah. Stroke lukisan & pemilihan warna di tahap yg memuaskan.
Malam sebentar tadi pula kita bersama adik Tolhah untuk kelas onlinenya topik kedua. Sebelum ini kita bersama adakan sesi hometutor di kelas pertamanya demi mengenali hati budi cikgu dan kebolehan cikgu memberi tunjuk ajar.
Alhamdulillah cikgu sangat suka melihat perkembangan & kreativiti yang adik Tolhah tunjukkan sepanjang kelas tadi. Adik Tolhah sangat bijak membuat karakter yang disukai dengan menggunakan teknik ‘Basic T’. Stroke lukisan sgtlah kemas sekali👍👍Cikgu juga ajarkan teknik melukis background dgn kaedah silhouette. Moga berjumpa di kelas seterusnya untuk sama2 mempelajari asas membuat komik & animasi di procreate.
Jumpa lagi semua nanti😊🤲👍
Baik, jumpa posting ahad pula hihi.
Assalamualaikum wbt.
🤲😍🌷👍
.
Mahu sertai sama kelas kreatif seperti ini? Mari WhatsApp Pn Qay :
www.wasap.my/60199368133/pembacablogminatlukisdigital
Channel Telegram:
https://t.me/kelasmelukisdigitalprocreate
#kelasprocreatemalaysia
#kelasmelukisdigital
#melukisdiipad
#procreateclass
#digitaldrawingclass







No comments:
Post a Comment