23 Apr 2025, Rabu
Kelas Melukis Digital app Procreate
Q&K Art Studio
Q&K Ruqaiyah N Maski Resources
(IP0590910-M)
Kelas Online dari Cyberjaya
Sesi malam:
9pm - 10.30pm
A : Basic App Procreate (1.5 jam)
Alisya (11)
Dari Saudi, Arabia
Bismillah Ar Rahman Ar Rahim
Pertama-tamanya, Selamat Datang diucapkan buat peserta baru kita dari Saudi, iaitu adik Alisya (11) dan adik Adam (8) - kelas beliau esok malam pula. Selepas pendaftaran 2 beradik semalam, Allah bukakan hati bertemu pula peserta baru dan 2 beradik juga huhuhu. Nama pun hampir sama. Zahraa (12) dan Aisyah (8) = Alisya Zahra (11) dan Adam (8). Lain macam jodoh pertemuan kali ini hihi.
Syukur Alhamdulillah sebentar tadi adik Alisya dapat selesaikan tugasan yang diberi cikgu dengan baik sekali. Adik Alisya juga faham dengan fungsi asas procreate ini dan dapat membuat lukisan tanpa sebarang masalah. Hasil lukisannya sangat kemas & mempunyai pemilihan warna yg baik.
Dari lukisan pertama yg kami buat bersama-sama mmg sgt memuaskan. Dan cikgu tak sangka adik Alisya dapat siapkannya dengan sangat pantas. Overall adik Alisya sgt menunjukkan minat yg mendalam terhadap seni lukis ini. Terbaik adik Alisya 🤩👏🏻🎉👍✨🤲 Semoga jumpa lagi di kelas selanjutnya ya😊👍
Jarang-jarang on kelas di malam cuti cikgu. Tetapi Allah mahu beri rezeki lebih. Kami apa lagi tadah tangan menerima dengan senyuman lebar kihkihkih 🙈. Yang paling penting bagi kami, kepuasan peserta belajar, mudah bertanya dan faham bagaimana melukis di app Procreate 😊👍
Doakan agar segala ilmu yang dikongsikan Allah fahamkan serta dapatlah kita manfaat ia sebaiknya dalam kehidupan kita semua ya. aamin. Baik, nantikan esok pula sesi bersama adiknya Adam. Moga sihat hendaknya kita semua ya aamin aamin. Assalamualaikum wbt dan Selamat Malam!
🤲😍🌷👍
.
Mahu sertai sama kelas kreatif seperti ini? Mari WhatsApp Pn Qay :
www.wasap.my/60199368133/pembacablogminatlukisdigital
Channel Telegram:
https://t.me/kelasmelukisdigitalprocreate
#kelasprocreatemalaysia
#kelasmelukisdigital
#melukisdiipad
#procreateclass
#digitaldrawingclass

No comments:
Post a Comment