13 Apr 2025, ahad
Kelas Melukis Digital app Procreate
Q&K Art Studio
Q&K Ruqaiyah N Maski Resources
(IP0590910-M)
Kelas Fizikal di Tamarind Square, Cyberjaya, Selangor
Sesi Pagi
10am - 12pm
PDASS 2 jam - Qaisara (10) & Amna (12)
C1 : Advance Draw (Illustration poster)- Pn Eishatun (30), Zi Feng (13)
Sesi Tengahari
12.30pm - 2.30pm
PDASS 2 jam - Damia (14), Hidayah (13)
A : Basic App Procreate 1.5 jam - Luqman (8), Aisy Afrina (10)
Sesi Malam
8pm - 10pm
B1 : Basic Draw (Character Design & Background)
Dari Shah Alam
Aisya (10)
Bismillah Ar Rahman Ar Rahim
Salam ahad semua sahabat dan kenalan. Terima kasih sudi membaca posting kami ini. Baik untuk cerita hari ini, kami menerima seramai 9 orang kesemuanya, dua sesi fizikal di Tamarind Square, Cyberjaya, Selangor dan 1 sesi online malam baru aja selesai sebentar tadi.
Dan kami ingin mengucapkan selamat datang buat 2 peserta baru iaitu adik Luqman dan adik Aisy Afrina untuk kelas pertama mereka. Hihi syukur semua sihat dan dapat hadir, mudah mudahan apa yang cikgu kongsikan tengahari tadi merupakan ilmu yang berguna buat kalian ya, aamin aamin.
Juga buat 4 peserta PDASS (Polishing Digital Art Skill Session) kelas latihan bulanan, kalian telah buat yang terbaik dan mudah mudahannya sesi kali ini membantu kalian upgrade diri. Malam tadi pula bersama adik Aisya yang menyambung pelajaannya dalam topik 5 Foundation yang kedua. Nampak adik Aisya sangat ceria serta hasil karyanya juga memuaskan. Alhamdulillah.
Ingat ya, jangan sekali kali bandingkan lukisan karya kita dengan yang lain, masing2 kita lalui struggle sendiri. Bak kata pepatah "janganlah bandingkan lukisan pelukis baru buat pertama kali dengan lukisan yang dibuat pelukisnya dah praktis 100x.
Terus berkarya, teruskan tengok rujukan dan tips yang banyak di mana-mana sahaja sumber kalian akses. Baik cukup di sini saja ya kita. Esok pula insyaAllah.
Selamat malam semua, Assalamualaikum wbt.
🤲🌷🌸❤️👍
.
Mahu sertai sama kelas kreatif seperti ini? Mari WhatsApp Pn Qay :
www.wasap.my/60199368133/pembacablogminatlukisdigital
Channel Telegram:
https://t.me/kelasmelukisdigitalprocreate
#kelasprocreatemalaysia
#kelasmelukisdigital
#melukisdiipad
#procreateclass
#digitaldrawingclass















No comments:
Post a Comment