Mari kenali kami

Saturday, June 17, 2023

Blog 18 jun 2023 (sabtu)






 Hari yang sungguh padat!

Setelah sesi kelas yang dikongsi pagi tadi, kami didatangi oleh seorang pelajar berbakat dari Johor, seorang student KV aliran seni dan rekabentuk grafik, diberi nama Aqil.
Nak dijadikan cerita, semalam (sabtu) beliau telah pun mengikuti kelas secara atas talian dari rumahnya. Habis aja kelas itu, beliau memaklumkan mahu turun KL dan mahu berjumpa Cikgu Maski. MasyaAllah tengoklah terujanya mereka berdua bersemuka. Hihi
Peserta ini yang pertama mengambil full course kelas asas anjuran dari kami. Ribuan terima kasih buat Puan ibu yang super supportive demi masa depan anak tercintanya, Pn Hayati Daud.
.
Setelah itu, kami bergegas menghadiri kenduri sepupu di Putrajaya. Petangnya pula Cikgu Maski adakan sesi kelas tambahan buat pasangan duo ayah & anak yang mahu pelajari kelas pengenalan app procreate.
Lihatlah hasil mereka, pertama kali pakai. tapi lain macam oh.! Terkejut Cikgu Qay tgk kekemasan lukisan adik Kaseh, juga teruja lihat coretan dari si ayah, Tuan Fairul.
Moga moga, kita dapat berjumpa lagi untuk sesi akan datang ya, kalian berdua berbakat betul.
.
Jam 9 malam pula, baru sahaja selesai Kelas Procreate Online bersama Tn Irizz Manaf, seorang guru PSV yang berada di Pahang.
Beliau amat teruja dengan teknik teknik melukis digital menerusi aplikasi procreate ini. InsyaAllah beliau akan cuba siapkan homework yang diberi. Hihi
.
Akhir kata, terima kasih buat semua peserta yang sudi menyertai kelas hari ini. Ada yang jauh dan ada dekat.
Kami hargai sangat sangat usaha keras kalian dan mendoakan semoga kalian mencapai apa yang dihajatkan aamin.
Alhamdulillah terima kasih Allah untuk kelancaran hari ini. 🤲👍❤️🥰🌷
*Cikgu Maski dah longlai >A<
InsyaAllah kelas akan dibuka lagi, stay tune.
Pn Qay melaporkan.

No comments:

Post a Comment

Blog 10hb Mac 2026 (Selasa)

10hb Mac 2026, Selasa Kelas Melukis Digital app Procreate Q&K Art Studio Q&K Ruqaiyah N Maski Resources (IP0590910-M) Kelas On...