Mari kenali kami

Saturday, August 30, 2025

Blog 30hb Ogos 2025 (Sabtu)

30 Ogos 2025, Sabtu

Kelas Melukis Digital app Procreate

Q&K Art Studio

Q&K Ruqaiyah N Maski Resources

(IP0590910-M)


Kelas Fizikal di Amber Cove Impression City, Melaka


Sesi Pagi (sesi 1 to 1)

9.30am - 11am

A : Basic App Procreate 

Rayyan (14), Raif (10), Rifqi (11)












PS: Untuk lihat attachment berbentuk video semasa kelas dan hasil animasi peserta, 

boleh ke Telegram Channel atau FB kami dan cari tarikh post yang dimahukan. Terima kasih.



Bismillah Ar Rahman Ar Rahim

Assalamualaikum wbt semua. Selamat bercuti dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan! Hujung minggu ini cikgu dan famili berjalan-jalan bercuti ke Melaka, Alhamdulillah Allah beri izin kami merasai nikmat ini. Terima kasih atas sokongan semua.


Sambil-sambil itu sebelum balik ke cyberjaya, kami dapat setup kelas dengan peserta dari Melaka juga memandangkan kita sudah berada di sana. Syukur Allah mudahkan urusan semua berjalan dengan baik. Dan mohon maaf di atas kekurangan sepanjang kelas berlangsung ya Tuan Hafidzal, ayah kepada 3 beradik kreatif ini. Jasa baik tuan amat kami hargai. Walau dalam satu negeri, masih jauh perjalanan beliau ke homestay kami, 45 min tu.


Baik, ini merupakan feedback dari cikgu Maski untuk adik Rayyan, adik Rifqi & adik Raif ya.


Ketiga-tiga beradik ini sangat menunjukkan minat mendalam dengan seni lukis. Cikgu suka melihat skill/kemahiran 3 beradik ini. Masing2 ada style sendiri. Sepanjang kelas tadi pun nampak mereka sangat fokus & dapat siapkan task yang diberi cikgu.


Ulasan secara overall:


Adik Rayyan- sgt kemas & mempunyai kualiti outline yg sgt kemas. Pemilihan warna yg sgt bagus.


Adik Rifqi- cikgu amat kagum dgn kesungguhan & fokus sepanjang kelas. Hasil lukisan tadi berjaya diselesaikan & sekiranya tak faham akan bertanya kpd cikgu.


Adik Raif- kualiti garisan boleh diperkemaskan lagi dgn latihan berkala. Kefahaman terhadap asas app juga sgt bagus


Syabas cikgu ucapkan buat mereka bertiga iniπŸ˜ŠπŸ‘πŸŽ‰πŸ‘πŸ»✨🎊


Jumpa pula di sesi kelas online pula ya. Semoga seronok belajar bersama cikgu hari ini☺️🀲


Alhamdulillah cikgu dan famili sudah selamat tiba di cyberjaya petang tadi. Maka bolehlah sambung kerja mana yang tertangguh dan urgent, termasuklah buat posting ini haha.


Jom kita zikir fatimah sikit. Subhanallah Alhamdulillah Lailahailallah Allahuakhbar. 

Baik semua, assalamualaikum wbt dan selamat malam, jumpa di posting seterusnya pula insyaAllah πŸ€²πŸ˜πŸŒ·πŸ‘


.

Mahu sertai sama kelas kreatif seperti ini? Mari WhatsApp Pn Qay : 

www.wasap.my/60199368133/pembacablogminatlukisdigital


Channel Telegram: 

https://t.me/kelasmelukisdigitalprocreate


#kelasprocreatemalaysia

#kelasmelukisdigital

#melukisdiipad

#procreateclass 

#digitaldrawingclass

Monday, August 25, 2025

Blog 25hb Ogos 2025 (isnin)

25 Ogos 2025, isnin

Kelas Melukis Digital app Procreate

Q&K Art Studio

Q&K Ruqaiyah N Maski Resources

(IP0590910-M)


Kelas Online dari Cyberjaya


Sesi Malam

8pm - 9.30pm

Personal Coaching : Buku Cerita Digital

dari Kuala Lumpur

Fatima (8 )









Assalamualaikum wbt


Salam pagi semua! Ini kisah Isnin di KMDP ya. Jom kita selawat, Allahumma solli ala saidina Muhammad, waala alihi Muhammad. Baik.


Untuk kelas malam ini kita bersama adik Fatima manis dari Kuala Lumpur untuk sesi terakhirnya dalam Personal Coaching : Buku Cerita Digital. Berikut feedback dari Cikgu Maski buatnya. Jemput baca.


Alhamdulillah maka lengkap sudah sesi personal coaching bersama-sama cikgu dalam topik buku cerita digital ini.


Syukur setiap kali sesi kelas adik Fatima sentiasa buat yang terbaik berdasarkan idea kreatifnya sendiri. Jalan cerita yang dilukis olehnya pun mudah difahami & comel. Kepelbagaian watak menghidupkan lagi mood cerita adik Fatima ini. Sebagai cikgu yang membimbing, cikgu berpuas hati dgn hasil buku cerita oleh adik Fatima ini. 


Terbaik buat adik Fatima yaπŸ€²πŸ‘πŸ»πŸŽ‰πŸ€©✨


PS: memandang sudah lewat, adik fatima sudah masuk tidur, jadi bila kita dapat update hasil buku ceritanya, kita kongsi ya. Hehe harap sabar menunggu.

Baik semua, itu sahaja story dari kami. Selamat malam, Assalamualaikum wbt.


🀲🌷🌸❤️πŸ‘

.


Mahu sertai sama kelas kreatif seperti ini? Mari WhatsApp Pn Qay : 

www.wasap.my/60199368133/pembacablogminatlukisdigital


Channel Telegram: 

https://t.me/kelasmelukisdigitalprocreate


#kelasprocreatemalaysia

#kelasmelukisdigital

#melukisdiipad

#procreateclass 

#digitaldrawingclass

Sunday, August 24, 2025

Blog 24hb ogos 2025 (ahad)

24 Ogos 2025, ahad

Kelas Melukis Digital app Procreate

Q&K Art Studio

Q&K Ruqaiyah N Maski Resources

(IP0590910-M)


Kelas Fizikal di Tamarind Square, Cyberjaya, Selangor


Sesi Pagi

10am - 12pm

A : Basic App Procreate - Husna (11)

PDASS 2 jam - Aya Zasya (9)

C1 : Advance Draw - Adam (18 )















PS: Untuk lihat attachment berbentuk video semasa kelas dan hasil animasi peserta, 

boleh ke Telegram Channel atau FB kami dan cari tarikh post yang dimahukan. Terima kasih.




Sesi Tengahari
12.30pm - 2.30pm

C2 : Advance Production - Wafa (15) * tak dapat hadir
PDASS 2 jam - Zi Feng (13) *tak dapat hadir


Sesi malam: 

8pm - 10pm

C1 : Advance Draw

Khadijah (15)

Dari Shah Alam








PS: Untuk lihat attachment berbentuk video semasa kelas dan hasil animasi peserta, 

boleh ke Telegram Channel atau FB kami dan cari tarikh post yang dimahukan. Terima kasih.




Bismillah Ar Rahman Ar Rahim


Assalamualaikum HALLUU MINNA-SAN. Aduh tercapslock, tak apalah. Kita lanjut menulis aja, itulah sentuhan dari manusia. hehe. Baru rasa lain dari yang lain aaa gittuuu. Kehkehkeh


Wokeh, kita loose sikit la ya hari ni. Jadi today kita ada seramai 6 peserta, 2 sesi tengahari  tidak dapat hadir. Makanya dapatlah cikgu balik awal lepas sesi pertama hari ni huhuhuh. Tak apa bagi yang ada urusan, moga semua baik baik dan sihat aja ya. Jumpa next tarikh ganti ok.


Oh ya, kita ada peserta baru hari ni. Adik Husna πŸŽ‰✨πŸŽ‰✨ Selamat datang ke KMDP ya, moga happy belajar tadi. Buat ibu ayah jika ada sebarang kekurangan dan nasihat atau pandangan, mohon maklumkan pada kami ya mudah mudahan kami dapat menjadi terbaik semampu kami. Doakan kami, dan jangan putus asa menyumbang idea idea bernas demi masa depan baik insyaAllah aamin.


PS: Ini kali ke 3 saya nak ulang ayat ini, tak kiralah berapa pun umur kita sekarang, jangan ditanam jauh-jauh cita-cita kalian. Selagi ianya membawa kebaikan dan manfaat buat diri dan masyarakat, Allah pasti bantu. Bangkit jom! Bermula dengan tulis, luahkan, rancang, selitkan sehari 10 min-30 min utk rancang dan eksekusi sesuai kemampuan kita. InsyaAllah yakin boleh! Jangan menyerah! Kita masih bernyawa hari ini. Alhamdulillah! - nasihat buat diri juga ni hihi


Assalamualaikum wbt dan selamat malam.


🀲🌷🌸❤️πŸ‘

.


Mahu sertai sama kelas kreatif seperti ini? Mari WhatsApp Pn Qay : 

www.wasap.my/60199368133/pembacablogminatlukisdigital


Channel Telegram: 

https://t.me/kelasmelukisdigitalprocreate


#kelasprocreatemalaysia

#kelasmelukisdigital

#melukisdiipad

#procreateclass 

#digitaldrawingclass

Blog 10hb Mac 2026 (Selasa)

10hb Mac 2026, Selasa Kelas Melukis Digital app Procreate Q&K Art Studio Q&K Ruqaiyah N Maski Resources (IP0590910-M) Kelas On...