Mari kenali kami

Monday, June 30, 2025

Blog 30hb jun 2025 (isnin)

30 Jun 2025, isnin

Kelas Melukis Digital app Procreate

Q&K Art Studio

Q&K Ruqaiyah N Maski Resources

(IP0590910-M)


Kelas Online dari Cyberjaya


Sesi Malam (online)

8.30pm - 9.30pm

PDASS 1 jam

Fatima (8 )





PS: Untuk lihat attachment berbentuk video semasa kelas dan hasil animasi peserta, 

boleh ke Telegram Channel atau FB kami dan cari tarikh post yang dimahukan. Terima kasih.



Assalamualaikum wbt


Salam isnin semua. Alhamdulillah, sihat mata kita hari ini dapat melihat dan membaca posting dari KMDP kali ini. syukur syukur ya Allah.


Malam ini adik Fatima bersama-sama dengan cikgu membuat satu task baru berkenaan dgn pembikinan sticker animasi. Sticker ini mempunyai 2 elemen, iaitu lukisan & juga teks.


Format gif juga diperkenalkan pada adik Fatima dimana format ini kita boleh gunakan utk convert hasil animasi ke format sticker gif. Alhamdulillah hasil lukisan adik Fatima kemas seperti biasa & 2 sticker berjaya kami siapkan bersama-sama malam ini. Terbaik buat adik Fatima✨πŸ‘πŸŽ‰πŸ€²πŸ‘πŸ»πŸ€©


Kami menerima soalan cepumas malam in oleh ibu Fatima. 

‘Dari observation cikgu, sesuai ke untuk Fatima terus pursue field ni?’


Kami pun menjawab

‘begini puan, menurut cikgu adik Fatima merupakan pelajar yang bijak. Sepanjang melukis bersamanya, nampak dia boleh hasilkan lukisan mengikut tahap kebolehannya. 


dan jenis lukis yang dihasilkan oleh adik fatima ini berkonsepkan style doodle atau naive. InsyaAllah jika adik fatima rajin berlatih, stroke lukisannya akan berubah dari semasa ke semasa.


insyaAllah jika adik fatima dan puan percayakan bakat yang ada, cikgu yakin adik fatima ada potensi dalam seni lukis ini. Dan perlu percaya pada investment yg sedang puan buat ini.


Sebagai pelukis profesional, sehingga kini kami tidak pernah berhenti belajar perkara baru dan pertingkatkan mutu lukisan kami. Moga sedikit sebanyak perkongsian ini menjawab soalan puan ya πŸŒΈπŸ‘πŸ€²’


Ingat ya semua, belajar ni memang tak pernah habisnya jika kita mahu kuasai satu satu bidang. Tapi sebaiknya, kita fokus satu perkara yang membahagiakan hati kita serta hati pelanggan pelanggan kita akan datang. Paaaaling penting sekali, mesti pekerjaan itu yang Allah redha ok.


Orait geng. itu sahaja story dari kami. Selamat malam, Assalamualaikum wbt.


🀲🌷🌸❤️πŸ‘

.


Mahu sertai sama kelas kreatif seperti ini? Mari WhatsApp Pn Qay : 

www.wasap.my/60199368133/pembacablogminatlukisdigital


Channel Telegram: 

https://t.me/kelasmelukisdigitalprocreate


#kelasprocreatemalaysia

#kelasmelukisdigital

#melukisdiipad

#procreateclass 

#digitaldrawingclass

Sunday, June 29, 2025

Blog 29hb jun 2025 (ahad)

29 Jun 2025, ahad

Kelas Melukis Digital app Procreate

Q&K Art Studio

Q&K Ruqaiyah N Maski Resources

(IP0590910-M)


Kelas Fizikal di Tamarind Square, Cyberjaya, Selangor


Sesi Pagi

10am - 12pm

PDASS 2 jam - Damia (14)

C2 : Advance Production - Rizq (11)

Buku Cerita Digital - Alamkhir (14) & Amelyz (10)









PS: Untuk lihat attachment berbentuk video,  semasa kelas dan hasil animasi dan PDF (buku cerita digital) peserta, 

boleh ke Telegram Channel atau FB kami dan cari tarikh post yang dimahukan. Terima kasih.




Sesi Tengahari

12.30pm - 2pm

A : Basic App Procreate - Izyan (12) & Ammar (9)









Bismillah Ar Rahman Ar Rahim


Salam hormat semua! Ahad sudah hari ini, dan tamat untuk kelas fizikal pada bulan jun 2025. Kita menerima 6 peserta kesemuanya. Seorang peserta kelas bulanan, 2 peserta bimbingan projek peribadi : buku cerita digital dan 3 peserta untuk topik 5 foundation.

Selamat datang buat dua beradik peserta baru dari Putrajaya iaitu adik Izyan dan adiknya Ammar yang berbakat. πŸŽ‰πŸŽ‰ Kami doakan moga kelas pertama ini menjadi satu langkah dan penyemangat utk kalian menceburi dunia lukisan digital melalui app Procreate.


Alhamdulillah masing2 telah memberikan yg terbaik mereka di fasa dan kemampuan sendiri. Terbaik πŸ‘ 


Ingatlah, jangan kita sekali kali membanding karya kita dengan yang lain, fokus aja di landasan kita, dan hanya kita tahu yang kita sudah membuat lebih baik dari karya terdahulu kita hasilkan.


Jangan putus asa. Teruskan mencuba dan praktis sehingga tangan lembut lagi berseni dengan lenggok sendiri. ecewah hehehe.


Baik, untuk bulan Jun ini berbaki kelas online aja lagi esok malam. Sihat sihat selalu semua ya! Penat? Rehat. Terkandas? Betulkan dan masuk semula landasan. Yang penting tahu apa tujuanmu, apa impianmu, apa cita citamu. Dan buat apa saja mahumua selagi dibawah redhaNya 🀲


Selamat malam semua. Assalamualaikum wbt


🀲🌷🌸❤️πŸ‘

.


Mahu sertai sama kelas kreatif seperti ini? Mari WhatsApp Pn Qay : 

www.wasap.my/60199368133/pembacablogminatlukisdigital


Channel Telegram: 

https://t.me/kelasmelukisdigitalprocreate


#kelasprocreatemalaysia

#kelasmelukisdigital

#melukisdiipad

#procreateclass 

#digitaldrawingclass

Saturday, June 28, 2025

Blog 28hb jun 2025 (sabtu)

 28 Jun 2025, Sabtu

Kelas Melukis Digital app Procreate

Q&K Art Studio

Q&K Ruqaiyah N Maski Resources

(IP0590910-M)


Kelas Fizikal di Tamarind Square, Cyberjaya, Selangor


Sesi Pagi

10am - 12pm

C1 : Advance Draw - Alisya Qaisara (14)




PS: Untuk lihat attachment berbentuk video semasa kelas dan hasil animasi peserta, 

boleh ke Telegram Channel atau FB kami dan cari tarikh post yang dimahukan. Terima kasih.





Sesi Petang 

12pm - 2pm

C1 : Advance Draw - Aisy Afrina (10)







Sesi Malam : Online

8.30pm - 9.30pm

Asma’ (10)

Dari Batu Pahat, Johor








Bismillah Ar Rahman Ar Rahim

Alhamdulillah, hari ini kita ada 3 peserta iaitu 2 sesi fizikal dan 1 lagi sesi online.


Hari ini adalah kelas advance pertama buat adik Qaisara & Aisy dalam topik karakter. Alhamdulillah hari ini banyak teknik2 yg diajarkan pada mereka untuk perkemaskan lagi teknik melukis karakter.


Idea mereka juga kreatif & cikgu bantu untuk tune bagi kemas lagi agar karakter yg dihasilkan lebih firm & solid. InsyaAllah kelas akan dtg kita akan buat pose lain, ekspresi wajah & poster karakter ya. Terbaik ya semua πŸ€©πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸŽ‰✨


Malam ini sesi online bersama adik Asma’, cikgu berikan task yang sedikit berbeza. Kali ini kami bersama-sama melukis karakter & juga haiwan2 laut.


Task yang berbeza memberi rasa keterujaan pada adik adik Asma’ & cikgu perasan lukisan prop seperti latar belakang & tumbuhan dilukis dgn baik. Hanya karakter sahaja yang perlu lebih banyak latihan. 


Untuk homework minta adik Asma’ siapkan shadow pada lukisannya tadi ya. Terbaik buat adik Asma’πŸ˜ŠπŸ‘


Dan juga, terima kasih buat yang baru mendaftar. Selamat datang ke KMDP. Moga Allah permudah segala urusan dan usaha kita maju jaya dalam hidup aamin.


Alrighty then, thats all for today. Terima kasih bersama Kelas Melukis Digital Procreate sehingga kini. Kalian memang circle yang awesomee! 😍 Assalamualaikum wbt Selamat malam semua.


πŸ€²πŸ˜πŸŒ·πŸ‘


.

Mahu sertai sama kelas kreatif seperti ini? Mari WhatsApp Pn Qay : 

www.wasap.my/60199368133/pembacablogminatlukisdigital


Channel Telegram: 

https://t.me/kelasmelukisdigitalprocreate


#kelasprocreatemalaysia

#kelasmelukisdigital

#melukisdiipad

#procreateclass 

#digitaldrawingclass

Blog 10hb Mac 2026 (Selasa)

10hb Mac 2026, Selasa Kelas Melukis Digital app Procreate Q&K Art Studio Q&K Ruqaiyah N Maski Resources (IP0590910-M) Kelas On...