Mari kenali kami

Friday, March 28, 2025

Blog 28hb mac 2025 (jumaat)

28 Mac 2025, jumaat

Kelas Melukis Digital app Procreate

Q&K Art Studio

Q&K Ruqaiyah N Maski Resources

(IP0590910-M)


Kelas Fizikal (Hometutor @ Penang)


Sesi Malam

9pm - 10.30pm

A : Basic App Procreate

dari Bayan Baru, Pulau Pinang

Ammar (10) & Khadijah (9)









 

Bismillah Ar Rahman Ar Rahim


Alhamdulillah sesi kali ini alang-alang pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri, kami menerima jemputan untuk sesi hometutor di Bayan Baru, Pulau Pinang.


Alhamdulillah sesi pertama bagi adik Ammar & adik Khadijah berjalan dengan baik dan mereka berjaya selesaikan tugasan yang diberi cikgu dengan baik sekali. 


Adik Ammar & adik Khadijah juga faham dengan fungsi asas procreate ini dan dapat membuat lukisan tanpa sebarang masalah. Kesungguhan & fokus juga mereka berikan dalam menyiapkan lukisan tadi. Terbaik buat adik Ammar & adik Khadijah👍👏🏻🎉✨🤩


Terima kasih buat ibubapa yang sudi menjemput kami dan sangat hargai pengalaman kali ini. Tidak dilupa buat semua yang sudi berkongsi rezeki berikan duit raya dan hamper pada anak2 kami. Benar benar tak jangka walhal kita hanyalah berhubung sebagai guru dan ibubapa peserta. Huhu


Buat mereka yang sedang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman moga diberikan keselamatan serta dipermudahkan segala urusan. 


Didoakan moga semua yang baik hati dilimpahkan rezeki yang luas, dimakbulkan doa doa sempena di dalam bulan yang mulia ini. Moga Allah menerima amal ibadah kita ya tuan puan insyaAllah aamin.


Assalamualaikum wbt

Salam Ramadhan ke 27#

🤲🌷🌸❤️👍

.


Mahu sertai sama kelas kreatif seperti ini? Mari WhatsApp Pn Qay : 

www.wasap.my/60199368133/pembacablogminatlukisdigital


Channel Telegram: 

https://t.me/kelasmelukisdigitalprocreate


#kelasprocreatemalaysia

#kelasmelukisdigital

#melukisdiipad

#procreateclass 

#digitaldrawingclass

Saturday, March 22, 2025

Blog 22hb mac 2025 (sabtu)

22 Mac 2025, Sabtu

Kelas Melukis Digital app Procreate

Q&K Art Studio

Q&K Ruqaiyah N Maski Resources

(IP0590910-M)


Kelas Online dari Cyberjaya


Sesi Petang : 2pm - 4pm

B2 : Basic Production (Comic & 2D Animation)

Dari Kuala Terengganu

Aqeela (11)








Bismillah Ar Rahman Ar Rahim

Alhamdulillah suka sangat cikgu melihat adik Aqeela yg sentiasa fokus sepanjang kelas semalam. Adik Aqeela telah berjaya melukis komik & animasi. Hasilnya sangat kemas & cantik sekali, cikgu amat berpuas hati & seronok lihat kemahiran yang ada pada adik Aqeela. PS: InsyaAllah akan update artworknya setelah ayahandanya sudah sharekan nanti. 


Terbaik adik Aqeela👏🏻✨🎉🎉🎉🎉👍 jangan lupa praktis ya hihi. 


Baik, dengan ini maka tamatlah sudah kelas dari Cyberjaya. Sekarang kami sedang mencari pelajar dari Penang insyaAllah jika ada sambutan kita akan kongsikan beritanya nanti. Didoakan moga semua dalam kekuatan dan semangat yg baik dalam beribadah puasa tahun ini, yang mana diuji pencarian rezeki mudah mudahan Allah lapangkan, percukupkan keperluan kalian.


Hidup ini tidak berhenti ujianNya kerana menunjukkan Allah sayang dan tidak pelik jika kita sekejap berada di atas dan sekejap di bawah. Inna Maal Usri Yusra x2. Setiap kesulitan itu pasti diiringi kemudahan/kesenangan/kemanisan. 


Jika kita tidak faham akan hikmah, berdoalah dengan tepat, minta kita faham hikmahnya agar kita tenteram dan tenang di hati. Serta redha dengan apa sahaja yang kita tempuhi. InsyaAllah.Tiadalah usaha kita sia-sia di mataNya. Teruskan buat baik. Buat keranaNya, untuk redhaNya, Demi Syurga AbadiNya.

Salam Ramadhan #21


Assalamualaikum wbt
🤲😍🌷👍



Mahu sertai sama kelas kreatif seperti ini? Mari WhatsApp Pn Qay : 

www.wasap.my/60199368133/pembacablogminatlukisdigital


Channel Telegram: 

https://t.me/kelasmelukisdigitalprocreate


#kelasprocreatemalaysia

#kelasmelukisdigital

#melukisdiipad

#procreateclass 

#digitaldrawingclass

Friday, March 21, 2025

Blog 21hb mac 2025 (jumaat)

21 Mac 2025, Jumaat

Kelas Melukis Digital app Procreate

Q&K Art Studio

Q&K Ruqaiyah N Maski Resources

(IP0590910-M)


Kelas Online dari Cyberjaya


Sesi Pagi : 9am - 11am

C2 : Advance Production (2D Animation)

Dari Terengganu

Hannan (10)





ps: nak tgk hasil animasinya mohon ke FB Personal (tekan button page di kawasan atas) dan cari tarikh posting ini. terima kasih <3 


Bismillah Ar Rahman Ar Rahim

Syukur alhamdulillah, berakhir sudah sesi pembelajaran full course adik Hannan bersama cikgu tadi. Seperti biasa, setiap task adik Hannan akan buat yg terbaik & adik Hannan sangat kreatif dalam menghasilkan setiap karya. Cikgu amat kagum kerana setiap kelas adik Hannan sangat fokus & dapat siapkan task yang diberikan cikgu. 


Ikutkan hari ini task sedikit rumit kerana akan belajar cara mengedit animasi, namun adik Hannan buktikan yang dia mampu hasilkan satu animasi yg sgt baik & cikgu sangat terkejut kerana task dapat disiapkan awal. 


Terbaik adik Hannan🎊✨👍😊🎉🎉🎉 terima kasih kerana belajar bersama-sama cikgu ya🤩


Baik. Semoga jumpa pula posting untuk kelas online besok ya😊👍 


Assalamualaikum wbt
🤲😍🌷👍


Mahu sertai sama kelas kreatif seperti ini? Mari WhatsApp Pn Qay : 

www.wasap.my/60199368133/pembacablogminatlukisdigital


Channel Telegram: 

https://t.me/kelasmelukisdigitalprocreate


#kelasprocreatemalaysia

#kelasmelukisdigital

#melukisdiipad

#procreateclass 

#digitaldrawingclass

Tuesday, March 18, 2025

Blog 18hb mac 2025 (selasa)

18 Mac 2025, selasa

Kelas Melukis Digital app Procreate

Q&K Art Studio

Q&K Ruqaiyah N Maski Resources

(IP0590910-M)


Kelas Online dari Cyberjaya


Sesi Pagi

9am - 11am

C1 : Advance Draw

dari Terengganu

Hannan (10)







Sesi Malam (online)

8pm - 10pm

C2 : Advance Art Production

dari Kuala Lumpur

Fatima (8)







Bismillah Ar Rahman Ar Rahim


Alhamdulillah sesi kelas advance yang pertama bersama adik Hannan pagi tadi berjalan dengan lancar sekali. Cikgu perasan sudah nampak improvement yang sangat positif dalam hasil lukisan adik Hannan. 


Adik Hannan telah memilih topik animasi utk kelas advance kali ini, jadi kami bersama2 mencipta dahulu karakter utama & seterusnya membuat lukisan latar belakang bagi animasi. InsyaAllah di kelas advance yg ke-2 cikgu akan ajarkan cara utk animate kan watak yang telah dilukis tadi. 


Syukur selesai sebentar tadi kelas advance ke-2 bersama adik Fatima yang super duper kreatif ini. Cikgu sangat hargai usahanya dalam mencipta jalan cerita yg menarik, walaupun adik Fatima sering katakan yang dia tak seberapa pandai melukis karakter, namun cikgu amat suka hasil artwork nya. 


Ini kerana Fatima tahu bagaimana hendak selaraskan kemampuan & bakatnya utk mencipta artwork yg comel & cantik. 


Baik, selesai sudah kelas selasa ini. Dah bermula hari cuti cikgu huhuhu, minta izin berehat ya semua. Moga jumpa semula isnin minggu depan. Assalamualaikum wbt selamat malam. 


🤲🌷🌸❤️👍

.


Mahu sertai sama kelas kreatif seperti ini? Mari WhatsApp Pn Qay : 

www.wasap.my/60199368133/pembacablogminatlukisdigital


Channel Telegram: 

https://t.me/kelasmelukisdigitalprocreate


#kelasprocreatemalaysia

#kelasmelukisdigital

#melukisdiipad

#procreateclass 

#digitaldrawingclass

Blog 10hb Mac 2026 (Selasa)

10hb Mac 2026, Selasa Kelas Melukis Digital app Procreate Q&K Art Studio Q&K Ruqaiyah N Maski Resources (IP0590910-M) Kelas On...