Mari kenali kami

Tuesday, August 22, 2023

Blog 22hb ogos 2023 (selasa)

 22 ogos 2023 selasa

Sesi 2-3.30pm
Bookxcess tamarind square
Cyberjaya
Sesi Muslimah



Syukur Alhamdulillah selesai kelas fizikal sesama muslimah sebentar tadi 🤲🥰🌷 teruja dapat jumpa Puan Najwa yang manis jauhh dari Johor, kami amat amat hargai kesudian puan dan sekeluarga dtg juga utk mempelajari asas melukis di app Procreate.
Baik sangat layanannya x jemu memberi senyuman dan juga pertanyaan masa belajar. Bekas pensyarah seni ini bakal beraksi di dunia digital pula. Hehe
Mari doakan moga Puan Najwa mencapai apa yg dicita kan.. aamin aamin.
Mohon maaf andai ada terkurang sana sini ya. Moga juga bermanfaatlah apa yg dikongsi. 🤲🥰👍🌷
All the best to us creative housewives hihi
Over and out

Sunday, August 20, 2023

Blog 20hb ogos 2023 (ahad)

20 ogos 2023 ahad

Kelas Melukis Digital
Digital Art Class
Kelas Procreate Malaysia



Subhanallah Alhamdulillah Lailahailallah Allahuakhbar
Selesai sudah 2 sesi kelas pada hari yg mulia ini. Peserta2 yang ikuti kelas semuanya alhamdulillah happy dan suka dengan ilmu yg dikongsikan.
Diucapkan ribuan terima kasih buat parents dan anak2 yg semangat semua kerana melancarkan kelas pada hari ini.
.
Ingat lagi.. kami baru aja bermula hujung February 2023 dan tup tap tup tap sampai la nak penghujung bulan ogos.. tak berhenti adakan kelas dan betul2 tak sangka banyak sambutan.
Idea dan ilham untuk adakan kelas ini datang dariNya.
Kekuatan dan semangat juga didatangkan dariNya.
Manusia seperti kita hanya perlu memilih jalan ditunjukiNya dan bertindak dengan sebaiknya.
Yang paling penting kita mesti berdoa dan terus berdoa tanpa henti, dan amar makruf nahi mungkar.
Kenalpasti apa yg dimahukan
Tahu dan fahami kenapa kita nak buat perkara itu
Kuatkan dan PAKSA kan diri utk jayakannya
Jaga Allah, Jaga Diri, Jaga sesama makhluk
Imbang dua dua rohaniah dan jasmaniah
.
Haha panjang leboor menaip kali ni.. 🙈🤭👍🌷
Seperti biasa, Cikgu Maski gigih promo animasi Alif Anis oleh syarikat Aras Mega. Dan kini boleh disaksikan di platform Durioo+.
Apa lagi.. ajomm layann

Blog 10hb Mac 2026 (Selasa)

10hb Mac 2026, Selasa Kelas Melukis Digital app Procreate Q&K Art Studio Q&K Ruqaiyah N Maski Resources (IP0590910-M) Kelas On...