09hb Jun 2026, Selasa
Kelas Melukis Digital app Procreate
Q&K Art Studio
Q&K Ruqaiyah N Maski Resources
(IP0590910-M)
Kelas Online dari Cyberjaya
Sesi Petang
5.30pm - 6.30pm
Personal Coaching : Komik
Rayyan (15)
dari Alor Gajah, Melaka
PS: Untuk lihat attachment berbentuk video/ pdf semasa kelas dan/atau hasil animasi/komik/buku cerita peserta,
boleh ke Telegram Channel atau FB kami dan cari tarikh post yang dimahukan. Terima kasih.
Sesi Malam
8.30pm - 9.30pm
PDASS 1 Jam
Aufa Annisa’ (9)
dari Kuantan, Pahang
Bismillah Ar Rahman Ar Rahim
Salam di hari Selasa semua, apa khabar kalian? moga sihat hendaknya ya. aamin. Pelbagai berita yang memenuhi hari-hari kita apabila kita memasuki sosmed. Isu orang asing, isu kesihatan, isu autisme dan pelbagai lagi. Ada pernah menyatakan jika mahukan hidup yang tenang, kita jangan terlalu ikuti hal hal orang lain. Tapi andai melibatkan pemerintahan negara, kita mesti terlibat sama kerana ianya diambil kira.
Bukanlah kata mahu mengajak untuk tidak ambil tahu, namun demi kesihatan dan kewarasan diri, kita baiki bermula dari keluarga kita dahulu. Dan tidak dilupa kita punya doa (senjata muslim yang makbul apabila kita mendoakan pada mereka yang tidak kita kenali itu), - cukuplah bagi kita mengikut daya upaya kita.
Baiklah semua yang dikasihi, marilah kita baca feedback cikgu buat peserta hari ini.
——
Alhamdulillah hari ini selesai sudah projek komik yg bertemakan seram ini.
Kali ini betul2 nampak tahap kekemasan lukisan & style warna yg baik dari adik Rayyan. Cikgu suka & berpuas hati dgn artwork bagi projek ini.
Nanti jika ada kelapangan, adik Rayyan boleh sambung komik ini di chapter seterusnya agar tidak lupa dgn teknik2 yg diajarkan cikgu.
Terbaik buat adik Rayyan ya🎉✨🤩🥳 terima kasih kerana belajar bersama2 cikgu
——
Alhamdulillah malam ini cikgu bersama-sama adik Aufa bagi sesi latihan kelas bulanan PDASS. Kali ini cikgu berikan task baru berkaitan dengan cara untuk develop watak.
Utk memudahkan proses melukis, adik Aufa boleh gunakan rujukkan gambar yg ada 3 elemen iaitu objek, haiwan & manusia. Selepas 3 gambar di pilih, adik Aufa pun mula membentuk watak berdasarkan 3 elemen tadi. Teknik ini amat baik bagi menghasilkan watak-watak yg unik & kreatif.
Alhamdulillah tadi sudah siap 2 idea & kami mula tracing & warna. Hasil artwork sgt kemas & adik Aufa boleh siapkan watak ke-2 tadi ya. Terbaik buat adik Aufa ya🎉🥳🤩✨
Baik semua, moga berjumpa lagi di kelas seterusnya untuk sama2 mempelajari asas melukis digital di procreate. Jumpa lagi 😊🤲👍
—-
Allahumma solli ala saidina Muhammad. wa ala alihi wasohbihi wa barik wa salim
Selamat malam semua. Moga Allah terima ibadah kita dan usaha kita demi kebahagiaan dunia dan akhirat kita aamin. Assalamualaikum wbt.
🤲😍🌷👍
.
Mahu sertai sama kelas kreatif seperti ini? Mari WhatsApp Pn Qay :
www.wasap.my/60199368133/pembacablogminatlukisdigital
Channel Telegram:
https://t.me/kelasmelukisdigitalprocreate
#kelasprocreatemalaysia
#kelasmelukisdigital
#melukisdiipad
#procreateclass
#digitaldrawingclass
#qnkartstudio
#supportlocal
No comments:
Post a Comment